Wednesday, August 12, 2015

Alhamdulillah.. Nonstop Happiness from Allah..

Bismillahirrahmanirrahim.. 
Dengan izin Allah S.W.T, akhirnya penantian untuk 1 tahun 8 bulan terhenti.. 
Penantian apa?? My Convocation Day lah !
Sesungguhnya cepat masa berlalu sehinggakan diri ni masih tak percaya bahawa merupakan Graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan). 
Dari Seorang yang tak pernah berjauhan dengan ahli keluarga melebihi 2 bulan, akhirnya berjaya menghabiskan pengajian selama 3 tahun di negeri orang !
Alhamdulillah ! Syukur sangat !~ 
Actually perit juga la nak tungu nak convo pun... Graduate lama dah.. dari 2014.. 
tapi demi nak jaga kebolehpasaran pelajar, lecturer bagi kitorang keje dulu!~
hahha.. but Cik Pa sempat kerja 3 bulan je...
Lepas tu, Allah memberi sekali lagi peluang untuk  Cik Pa sambung belajar... Alhamdulillah.. Terima kasih tak terhingga buat my dear parent, families, lecturers, and friends.
Sebelum kita sambung lagi cerita, nak share lah sikit moment moment masa Hari Jubah Cik Pa.. hiihi..








Sesungguhnya pengalaman menjadi pelajar di perantauan tu in shaa Allah akan sentiasa kekal abadi dalam jiwa ni. Berita gembira tak terhenti lagi lepas convo..  pada 11 ogos , iaitu semalam, my very best friend dapat keputusan UPU.. ya Allah, gembiranya hati ni tak tahu nak ungkap dah la !~ Akhirnya penantian dia untuk sambung juga tercapai... hiihi.. Alhamdulillah.. In shaa Allah pada September ni bertukarlah status dia daripada seorang pekerja kembali kepada seorang pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tercapai jugak impian nak sambung belajar tempat dekat. hihi  

to my dear BFF, kita memang terpisah dari jarak dan tempat. Namun semua tu takkan menjadi penghalang andai kata kita menjaga persahabatan kita ni. 
Jujur aku katakan, memang aku student UTM sekarang, tapi masih belum ada yang mampu menggantikan tempat kau sebagai sahabat aku. Biarpun kita sudah tidak sebumbung, tapi Allah satukan kita dalam satu haluan yang sama. In shaa Allah, suatu hari nanti pasti impian kita untuk berkhidmat dalam satu nakhoda akan tercapai.  Aku mohon, jaga diri kau di tempat baru.. In shaa Allah, kau pasti akan bertemu dengan rakan-rakan yang baik dan dapat membantu kau dalam semua perkara. Kuatkan diri , abaikan kata-kata orang ! In shaa Allah, kita sama-sama kejar impian kita ! Aku sayangkan kau Nur Hazirah binti Hasnan ! 



Copyright Of NiKiSyA's OwneR

Saturday, April 18, 2015

Dear Buddy..


Dear Buddy..

I wish you could read this oneday.
I miss the old us.
I'm sorry for making this as an awkward moment for us.
Seriously i"m regret. 

Dear Buddy..
7 March 2015 is the beginning for our close friendship.
We know each other before that date but we became closed on that day. 

Dear Buddy, 
6 April 2015, we started to be different..
like we're totally strangers. 
it just my feeling. 
i know. 


but please do 1 thing for me can you?

Please forgive me.

I'm the reason why we becoming like this. 

i'm going to miss you my buddy.
During our semester break. 



Copyright Of NiKiSyA's OwneR

Tuesday, March 17, 2015

Is it a new beginning??

Alhamdulillah... 
sudah sebulan Cik Pa berada di Universiti Teknologi Malaysia sebagai Pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan dan sudah sebulan juga Cik Pa dah berjauhan dengan keluarga di Perlis.
Hopefully mereka semua sekarang dalam keadaan baik walaupun Cik Pa mendapat perkhabaran yang Perlis sekarang sedang menghadapi musim kemarau teruk.
mak abah , adik rindu ! 
Sepanjang Cik Pa berada di sini, Alhamdulillah Cik Pa ditemani dengan rakan-rakan yang baik dari pelbagai latar belakang yang berbeza.. 
Sejujurnya setakat ni masih belum ada yang dapat menandingi kenangan bersama sahabat baik di SMK Putra dan PSMZA. 
Mungkin hal ini berlaku kerana masih terlalu awal. 
Namun begitu, Alhamdulillah, dengan izin Allah, Cik Pa dah boleh move on dengan apa yang telah berlaku sebelum ni. 
Masih dalam percubaan tapi insyaAllah pasti berjaya kelak.
Dengan sibuk membuat assignment, sibuk bersama rakan, insyaAllah. 
Actually, Cik Pa ingin berkongsi pengalaman mengenali rakan dari oversea. 
hhahahaha... sesungguhnya diri ini macam tak percaya dapat berkawan dengan dia. 
jujur Cik Pa katakan, English education is so important bila bergaul dengan oversea student ni. 
Nak menerangkan sesuatu perkara pada dia untuk faham bukanlah satu perkara yang mudah jika tak pandai berbahasa inggeris. 
Alhamdulillah, walaupun diri ini tak berapa pandai English, but Alhamdulillah.. 
Masih boleh berbicara dengan dia dengan baik dan dia pun dapat menerima apa yang Cik Pa sampaikan. Cik Pa bernasib baik sebab dapat berkwan dengan dia ni sebab dia boleh memahami Bahasa Melayu dengan baik. Cuma kadang-kadang tak boleh guna bahasa melayu yang terlalu tinggi tahapnya sebab nanti dia tak faham.. :P
So, let me introduce him, 
His name is YASSER ABDULLAH. 
Dia punya bio ni agak complicated sebenarnya.
 Lahir di Makkah, Tinggal di Makkah, but mix Thailand.
85% Arabic , 15% Thailand
He is so good in Arabic and such a good friend.
15 Mac 1993 is his birth date !
dan baru je berlalu dua hari lepas ! 
Happy Birthday my friend !
jika  terjumpa dia di luar, for sure orang takkan percaya dia ni pandai speaking arab.
muka melayu, serious talk !
 
tadaaa... here he is... 
Oklah. tak nak cerita banyak, setakat ini saja ya.
Btw my friend Yas, This is my blog. 
If you read this, don't get mad on me ok.. :P
i stole your picture so that i can show which one are you.
Seriously, you're such a good friend and listener too !
 

Copyright Of NiKiSyA's OwneR

Saturday, January 17, 2015

Buku Baru, Azam Baru


Tanpa sedar, sudah 1bulan 11hari dari entry terakhir dari CiKPa.
yes ! dah 2015 dan usia ku jugak kian meningkat. 
10 Januari 2015 adalah hari terakhir CikPa berkhidmat sebagai seorang pembuat kek dan cashier di Laziz Home Bakery. 
Pengalaman yang sangat manis buat CikPa.
Kini, CikPa sedang menanti keputusan untuk sambung belajar. 
kalau ada rezeki, InsyaAllah bulan 2 nanti akan kembali menjadi seorang pelajar.
CikPa akan menunaikan niat hati kedua ibu bapa CikPa yang nak sangat semua anak-anak mereka sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

Sejujurnya, sepanjang hendak menulis entry ni, dah beribu kali dipadam dan ditaip balik.
Idea ada. Cuma hati ini tak benarkan Cik Pa menaip. 

Kalaulah perasaan ini dapat diungkap satu per satu, hanya satu perkara yang ingin Cik Pa katakan.


AKU RINDU TAPI AKU MENERIMA DENGAN HATI YANG TERBUKA DAN REDA KERANA AKU ADA ALLAH, ADA KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN YNG MASIH SAYANGKAN AKU.




Copyright Of NiKiSyA's OwneR

Saturday, December 6, 2014

5 years now ended.


Morning !!! 
like entry said, 5 tahun kini dah sampai penghujungnya..

Yes.. hari ni diriku diuji,.
Diuji dengan janji palsu manusia..
pedih.. perit.. 
Kuasa Allah yang lebih agung membuka hati dan mata aku hari ni..
Kalu sayang macam mana sekalipun, kalau dah Allah tak izin, 10 tahun sekali pun , ia akan berakhir jugak... 

Semoga awak berbahgia dengan pilihan hati , Nik Ahmad Sallehuddin.
Jaga tunang awak baik-baik.. 

Congratulations for new baby


Copyright Of NiKiSyA's OwneR

Sunday, September 21, 2014

IMPIAN, insyaAllah (^_^)

Yesss ! Setelah sekian lama menyepi, Cik Pa kembali !
hurmm.. Impian? kenapa ye Cik Pa pilih title ni?
Actually, terlalu banyak impian yang Cik Pa ada... 
Nak dicerita satu per satu, memang takkan habis..
So, Cik Pa akan terangkan impian yang nak sangat Cik Pa capaikan.
1. Berjaya seperti abah.

He is My Idol after Nabi Muhamammad S.A.W.
(Kalo bole, my Zauj nanti persis my abah pun ok jugak ^,^)
Allahuakbar.. 
Cik Pa bersyukur sangat sebab diberikan Abah yang sangat Penyayang, Penyabar dan Baik Hati.
Biarpun kadang dia  marah, tapi bak kata pepatah melayu " marahnya marah sayang ".
Abah Cik Pa bukan seorang yang mahir berbahasa Inggeris. tetapi dengan gigihnya dia, dia dapat survive di negara luar seperti German, Australia dan England  . Menjadi pelajar di sana. Alhamdulillah. Sehingga kini merupakan seorang Pensyarah yang sangat disenangi rakan sekerja. Bukan nak bangga tapi perkongsian. tak semestinya harus menguasai bahasa asing dulu baru boleh ke luar negara. tetapi adalah USAHA :)
2. Dapat menjadi seseorang yang bukan sahaja baik dimata manusia, malahan di mata Allah.

Subhanallah. Cik Pa mengakui.
Cik Pa masih belum cukup mendalami erti Wanita Solehah yang sebenar.
Demi Allah, Cik Pa sedang cuba. 
Mohon Doakan ye. :')
3. Dapat berikan kebahagiaan buat Mak Abah.

Jujurnya, diwaktu kecil, Cik Pa tersangatlah nakal dan Tidak Minat Pada Belajar.
Bila dah meningkat dewasa ni, Cik Pa mula sedar. I need to change myself.
Diwaktu kecil nakal itu membahagiakan, tetapi apabila meningkatnya usia, nakal itu melukakan banyak pihak. Melihat mereka tersenyum gembira sudah mencukupi buat Cik Pa.
4. Dapat buktikan yang Cik Pa juga ingin berjaya.

Yes ! Kalo dilihat secara kasar, maksud impian pertama dan ketiga adalah sama.
Tetapi realitinya berbeza. 
Kenapa Cik Pa cakap macam tu? sebab ada yang memandang rendah pada Cik Pa yang kini hanya lulusan Diploma Politeknik.
Malahan ada yang menganggap, " alaaa.. poli je pun.. lain la klo University graduate.
InsyaAllah. Dengan Dorongan mak dan abah CikPa, i'll try my best. 
Mereka adalah penyebab CikPa nak teruskan sambung  belajar lagi.
Tidak di luar negara, di dalam Malaysia pun sudah memadai.
last but not least,
5. Dapat pergi menunaikan Haji atau Umrah bersama keluarga tercinta.

Allahurabbi. Bila melihat ada keluarga orang lain yang dapat pergi melancong jauh terutamanya pergi menunaikan haji atau umrah bersama kedua ibu bapa, perasaan nak pergi jugak tu turut membuak-buak. 
ya Allah, hati mana tak cemburu kalau dapat menjejakkan kaki ke Tanah Haram. 
Tambah pula perginya bersama ahli keluarga. Semoga Allah dapat memberikan peluang itu juga kepada Cik Pa sekeluarga. :") Aamiin..
INI ADALAH IMPIAN SAYA.

Anda Bagaimana???

Copyright Of NiKiSyA's OwneR

Sunday, June 15, 2014

15 June 2009 ~ 5 years Already ~

Hi dear Bloggers.. 
Cikpa bebusy giler dengan assignment and non-stop test...
that was why, blog kesayangan ni pun da out of service for the last 3 months.. 
hahaha... now, back to the service !~
yeay !!~Alhamdulillah ! now, i'm officially graduated !~
Berakhir sudah pengajianku selama 3 tahun ni di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu...hahah
actually dah expired dah pun citer ni...
tapi nak bagi Cik Pa punya blog ni berseri-seri balik, kita kasi cerita sikit lah !~
Alhamdulillah... semuanya berakhir dengan keputusan yang agak memberansangkan..
 Mak and Abah Cik Pa pun gembira...
So, plan lepas ni, insyaAllah kalau ada rezeki, Cik Pa akan sambung degree... :))
Just pray for me okay !~ 

p/s : Mr. N, hopefully you'll waiting for me for another 4 years... 
andai kata hati awak berubah ketika itu, saya redha... 
By the way, u've gave me a lot of sweet memories since 2009...
i won't forget that... InsyaAllah.. 
Thank you for patiently waiting for me all this years.. 
143.. :)))


Copyright Of NiKiSyA's OwneR

Monday, February 3, 2014

Yeay !~ i'm 4months old !~

hi evelybody !~
hmmm... lama nya tak menyinggah kat blog ni...
asyik-asyik facebook, twitter, and instagram...
sampai terlupa nak update blog kesayangan ni..
hihih... maaf encik blog... :P
kite berbalik ke cerita asal... 
agak2 kenapa title entry cikpa macam tu??
new gadget ?? no lah !~
it is my first baby nephew !~
hihih... sedih kan ?? dah 4 bulan baru nak update...
maafkan acu ye sayang.... :P 
baru berpeluang nak update sekarang..
nak balik RUMAH SENDIRI  pun 1 sem tu 3 kali je paling BANYAK !~
ok... let us continue...
his name is Muhammad Hasif bin Muhammad Hanif... 
Date of Birth is on 7th September 2013... 
and u know what, he is cute as me !~ (huahuahua..perasan jap)..
ok.. stop talking and writing.. 
and have a look at some of his pictures...
 p/s : love you hasif !~ =D




Copyright Of NiKiSyA's OwneR

Friday, April 5, 2013

Is it true ?! :'(

mood Cik Pa sekarang tersangatlah usang..
Sama seperti blog ni yang telah ditinggalkan hampir dua bulan tanpa sebarang update terkini !~
hanya Allah yang mengetahui perasaan cik Pa ketika ni...
bercampur dengan masalah ditempat kerja...
dan jugak masalah peribadi...
Masalah ditempat kerja, i know it was my own mistake and i admit it !~
tapi apabila disebut tentang soal peribadi, hancur rasa hati Cik Pa...
hanya dengan satu pengakuan, ceritera yang telah bermula dari 4 tahun yang lalu, kini telah hampir ke penamat..
Penamat yang sangat Cik Pa tak harapkan ...
sesungguhnya, Cik Pa tak pernah berhenti berdoa pada Yang Esa..
Namun begitu, apabila semua ini terjadi, hancurnyaa hati dua orang insan...
Maafkan isya..... :')


Copyright Of NiKiSyA's OwneR

Monday, February 11, 2013

Haji Omar's Family Vacation :)

hai guys ! as we know, starting dari hari sabtu hingga selasa merupakan hari cuti buat sesetengah warga kerja di negeri selangor  !~
cuti sempena hari raya cina !~
oh yeah !~ before late, Cik Pa ucapkan Happy Chinese New Year kepada semua kawan Cik Pa yang berbangsa cina !~
have a blast day guys !~
ok !~ back to the main story !~
sempena hari cuti tu, family dan saudara mara telah membuat family vacation ke Pendang Lake Resort !~
selama 2 hari 1 malam !~
memang DAEBAK lah  bak kate orang Korea !~
hhuhuhu....
thanks to my uncles and my aunties for the preparation !~
During that vacation, Cik Pa dapat lihat pelbagai gelacat lucu !~
semuanya sporting abis !~
termasuklah mak dan abah Cik Pa..
memang kelakarlah !~
sampai sakit perut Cik Pa ketawa !~
Mana tak nya, hadiah lukcy draw pun tak ada siapa sangka apa isi nya !~
sekali buka, masing-masing ketawa giler !~
pada 10 februari bersamaan hari sabtu kami bertolak ke resort tu...
dengan bantuan pengerusi majlis, merangkap my uncle, Pak Su Yazid, kami check in ke bilik masing-masing sebaik sahaja tiba di sana..
Pada malamnya, sesi barbeque ( perkara wajib bagi family kami) dan lucky draw atau lebih dikenali cabutan bertuah dijalankan...
memang kekenyanganlah Cik Pa cakap...
menu barbeque yang banyak giler...
SOTONG , UDANG, AYAM, SOSEJ, KAMBING !~
PERGHHHH !~ Memang tip top la !~
ok, next, kite continue plak ke aktiviti pagi 11 februari plak !~ 
haaa!~ masa untuk bersukaneka plak !~
hihihihi... time ni, memang tak tau la Cik Pa nak cakap macam mana !~
memang lucu gila kot!~ 
masing-masing nak menang !~
hadiah besar-besar !~
siapa la tak nak menang !~
terdapat 3 kumpulan !~
GROUP PISANG, GROUP DURIAN dan GROUP MEMPELAM !~
Cik Pa bersama mak dan abah Cik Pa berada dalam group PISANG...
Game yang dimainkan ialah Boling Kelapa ,  Kerusi Muzik, Pecahkan Belon dan Tangkap Belon ada air...
akhirnya, Group Durian menjadi Juara...
Diikuti kumpulan Pisang kemudian kumpulan Mempelam !~
sebaik saja selesai sesi sukaneka, sesi bergambar bersama keluarga tercinta !~
hmmm... pasti akan lebih seronok kalau semua dapat hadir..
along, kak munirah, abang akmal, angah rosni dan Pak ngah khaled tak dapat turut serta.... 
along dan kak munirah tak dapat hadir sebab kak munirah masih dalam minggu awal kandungan.. 
so, doktor menasihatkan kak munirah supaya tidak banyak melakukan aktiviti berat  
Pak ngah, angah rosni dan abang akmal tidak dapat hadir sebab ada kekangan yang menghalang mereka untuk hadir..
apa pun, percutian ni sememangnya menyeronokkan !~
Cik Pa harap after this akan ada lagi percutian macam ni !~ ;)
Done with stories !~
sekarang, kite nikmati plak antara gambar yang sempat diambil !~ 
selamat melihat !~ daaa !~
sesi penyampaian hadiah sukaneka !~

sesi bergamabr selepas sesi sukaneka !~

Tok Abah dan Mak Tok Cik Pa memancing sambil menunggu makanan siap dihidang !~


ikan yang dipancing  oleh Mak Tok Cik Pa !~ The biggest one antara semua  ikan yang dapat dipancing !~

Abah ku yang tercinta sedang kusyuk  dengan ikan !~


My First catch during that vacation !~ :D

Melihat ibuku yang tercinta memancing !~



Copyright Of NiKiSyA's OwneR

Tuesday, January 8, 2013

Attention to Running Man Lover !!~ :)



hi everyone !~
Saja nak inform !~
Sila lawati laman web kshownow.net untuk episode baru ok !~
sekarang ni dah episode 127...
kalau ade yang terlepas episode sebelum nye, kat dalam web tu ade dari episode 1 hinggalah yang terlatest..

ini la jadinya bila kat tempat practical tak ada kerja nak dibuat !~ ahhaaah
ok.. gotta go !~ see yah !~ :P




Copyright Of NiKiSyA's OwneR