Wednesday, August 12, 2015

Alhamdulillah.. Nonstop Happiness from Allah..

Bismillahirrahmanirrahim.. 
Dengan izin Allah S.W.T, akhirnya penantian untuk 1 tahun 8 bulan terhenti.. 
Penantian apa?? My Convocation Day lah !
Sesungguhnya cepat masa berlalu sehinggakan diri ni masih tak percaya bahawa merupakan Graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan). 
Dari Seorang yang tak pernah berjauhan dengan ahli keluarga melebihi 2 bulan, akhirnya berjaya menghabiskan pengajian selama 3 tahun di negeri orang !
Alhamdulillah ! Syukur sangat !~ 
Actually perit juga la nak tungu nak convo pun... Graduate lama dah.. dari 2014.. 
tapi demi nak jaga kebolehpasaran pelajar, lecturer bagi kitorang keje dulu!~
hahha.. but Cik Pa sempat kerja 3 bulan je...
Lepas tu, Allah memberi sekali lagi peluang untuk  Cik Pa sambung belajar... Alhamdulillah.. Terima kasih tak terhingga buat my dear parent, families, lecturers, and friends.
Sebelum kita sambung lagi cerita, nak share lah sikit moment moment masa Hari Jubah Cik Pa.. hiihi..








Sesungguhnya pengalaman menjadi pelajar di perantauan tu in shaa Allah akan sentiasa kekal abadi dalam jiwa ni. Berita gembira tak terhenti lagi lepas convo..  pada 11 ogos , iaitu semalam, my very best friend dapat keputusan UPU.. ya Allah, gembiranya hati ni tak tahu nak ungkap dah la !~ Akhirnya penantian dia untuk sambung juga tercapai... hiihi.. Alhamdulillah.. In shaa Allah pada September ni bertukarlah status dia daripada seorang pekerja kembali kepada seorang pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tercapai jugak impian nak sambung belajar tempat dekat. hihi  

to my dear BFF, kita memang terpisah dari jarak dan tempat. Namun semua tu takkan menjadi penghalang andai kata kita menjaga persahabatan kita ni. 
Jujur aku katakan, memang aku student UTM sekarang, tapi masih belum ada yang mampu menggantikan tempat kau sebagai sahabat aku. Biarpun kita sudah tidak sebumbung, tapi Allah satukan kita dalam satu haluan yang sama. In shaa Allah, suatu hari nanti pasti impian kita untuk berkhidmat dalam satu nakhoda akan tercapai.  Aku mohon, jaga diri kau di tempat baru.. In shaa Allah, kau pasti akan bertemu dengan rakan-rakan yang baik dan dapat membantu kau dalam semua perkara. Kuatkan diri , abaikan kata-kata orang ! In shaa Allah, kita sama-sama kejar impian kita ! Aku sayangkan kau Nur Hazirah binti Hasnan ! 



Copyright Of NiKiSyA's OwneR