Sunday, June 24, 2012

if MAWYZ, its always be MAWYZ ! :')


hye kawan-kawan..
Minggu depan Cik Pa bakal berangkat pulang ke tempat belajar Cik Pa di Dungun, Terengganu...
Kepulangan Cik Pa terpaksa diawalkan kerana Cik Pa perlu bertugas menjaga adik-adik junior Sesi Jun 2012 pada Minggu Suai Kenal (MSK) kerana hari pendaftaran bermula pada 8July2012..
Dimaklumkan juga pelajar-pelajar senior perlu menghadirkan diri pada 8july tu untuk mendengar taklimat pendaftaran kursus bagi setiap jabatan...

Tujuan Cik Pa yang sebenar update blog ni ialah nak menceritakan rasa hati yang sedih sebab Cik Pa akan berjauhan dengan seorang daripada ahli group MAWYZ iaitu MiLo AKA Asyraf..
Dia dikehendaki berpindah ke Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkannya..
Cik Pa, Ziera, Aien, Wany turut bersedih dengan khabar pemindahan dia tu..
Yang menambahkan perasaan sedih Cik Pa ialah sebelum cuti semester yang lepas, Cik Pa tak berkesempatan mengucapkan selamat tinggal pun pada dia.
hati siapa tak sedih kalau tak sempat berjumpa dengan kawan yang bakal pindah jauh dari kita??
Bukan Cik Pa sahaja, malahan ahli-ahli MAWYZ yang lain pun turut tak berkesempatan. 
Kini tempat untuk kami berhubung hanyalah di facebook dan twitter...
Memanglah rumahnya hanya di Kedah tapi kalau nak berjumpa tu, belum tentu masing-masing akan ada masa free yang sama kan?

Kalau dulu, Cik Pa dan ahli-ahli Mawyz , selalu keluar lepak sekali..
Termasuklah si Milo tu..
Kami pergi ambil angin di tepi pantai..
Lepak study di kafe sama-sama..
study di library sama-sama..
tapi semua tu dulu..
Kini, hanya tinggal AWYZ di PSMZA...
our handsome and adorable M boy akan berada ditempat baru untuk sesi jun 2012 ni...
Tak Pelah.. Cik Pa yakin, hubungan persahabatan kami berlima akan terus berkekalan walaupun berjauhan...
sebab KAMI bukan hanya kawan, KAMI juga SAHABAT ! :)

Pesanan buat Milo :
please take a good care of yourself ok..
biarpun kite dah jauh, kami tetap kawan kau !
ingat tau !
susah senang, kite tetap bersama !
MAWYZ forever dude !
kami sayangkan kau milo !
semue kenangan manis kau bersama kami, akan terus dalam ingatan...
Kau kawan terbaik kami ! <3




Copyright Of NiKiSyA's OwneR

No comments:

Post a Comment

dont forget to live your comment keyh!
really appriciate it!
<3 ^_^