Sunday, September 21, 2014

IMPIAN, insyaAllah (^_^)

Yesss ! Setelah sekian lama menyepi, Cik Pa kembali !
hurmm.. Impian? kenapa ye Cik Pa pilih title ni?
Actually, terlalu banyak impian yang Cik Pa ada... 
Nak dicerita satu per satu, memang takkan habis..
So, Cik Pa akan terangkan impian yang nak sangat Cik Pa capaikan.
1. Berjaya seperti abah.

He is My Idol after Nabi Muhamammad S.A.W.
(Kalo bole, my Zauj nanti persis my abah pun ok jugak ^,^)
Allahuakbar.. 
Cik Pa bersyukur sangat sebab diberikan Abah yang sangat Penyayang, Penyabar dan Baik Hati.
Biarpun kadang dia  marah, tapi bak kata pepatah melayu " marahnya marah sayang ".
Abah Cik Pa bukan seorang yang mahir berbahasa Inggeris. tetapi dengan gigihnya dia, dia dapat survive di negara luar seperti German, Australia dan England  . Menjadi pelajar di sana. Alhamdulillah. Sehingga kini merupakan seorang Pensyarah yang sangat disenangi rakan sekerja. Bukan nak bangga tapi perkongsian. tak semestinya harus menguasai bahasa asing dulu baru boleh ke luar negara. tetapi adalah USAHA :)
2. Dapat menjadi seseorang yang bukan sahaja baik dimata manusia, malahan di mata Allah.

Subhanallah. Cik Pa mengakui.
Cik Pa masih belum cukup mendalami erti Wanita Solehah yang sebenar.
Demi Allah, Cik Pa sedang cuba. 
Mohon Doakan ye. :')
3. Dapat berikan kebahagiaan buat Mak Abah.

Jujurnya, diwaktu kecil, Cik Pa tersangatlah nakal dan Tidak Minat Pada Belajar.
Bila dah meningkat dewasa ni, Cik Pa mula sedar. I need to change myself.
Diwaktu kecil nakal itu membahagiakan, tetapi apabila meningkatnya usia, nakal itu melukakan banyak pihak. Melihat mereka tersenyum gembira sudah mencukupi buat Cik Pa.
4. Dapat buktikan yang Cik Pa juga ingin berjaya.

Yes ! Kalo dilihat secara kasar, maksud impian pertama dan ketiga adalah sama.
Tetapi realitinya berbeza. 
Kenapa Cik Pa cakap macam tu? sebab ada yang memandang rendah pada Cik Pa yang kini hanya lulusan Diploma Politeknik.
Malahan ada yang menganggap, " alaaa.. poli je pun.. lain la klo University graduate.
InsyaAllah. Dengan Dorongan mak dan abah CikPa, i'll try my best. 
Mereka adalah penyebab CikPa nak teruskan sambung  belajar lagi.
Tidak di luar negara, di dalam Malaysia pun sudah memadai.
last but not least,
5. Dapat pergi menunaikan Haji atau Umrah bersama keluarga tercinta.

Allahurabbi. Bila melihat ada keluarga orang lain yang dapat pergi melancong jauh terutamanya pergi menunaikan haji atau umrah bersama kedua ibu bapa, perasaan nak pergi jugak tu turut membuak-buak. 
ya Allah, hati mana tak cemburu kalau dapat menjejakkan kaki ke Tanah Haram. 
Tambah pula perginya bersama ahli keluarga. Semoga Allah dapat memberikan peluang itu juga kepada Cik Pa sekeluarga. :") Aamiin..
INI ADALAH IMPIAN SAYA.

Anda Bagaimana???

Copyright Of NiKiSyA's OwneR

1 comment:

dont forget to live your comment keyh!
really appriciate it!
<3 ^_^